Saturday, 18 May 2013

Nurse terkejut saya sangat sihat, tak nampak macam ada luka episiotomi

Tempoh berpantang adalah satu tempoh pemulihan bagi
ibu yang baru melahirkan
Salam semua readers dan followers BeingMary.com. Tempoh berpantang merupakan satu tempoh pemulihan yang perlu dilalui semua ibu yang baru melahirkan.

Walaupun pada dasarnya tempoh ini memerlukan setiap ibu untuk banyak berehat setelah berhempas pulas melalui proses kelahiran yang amat memenatkan, namun ada ketikanya perkara tersebut agak mustahil untuk dicapai.

Antara cabaran yang perlu dilalui ibu di dalam pantang termasuk perlu kerap bangun khususnya di tengah malam bagi menyusukan di kecil dan jika mempunyai anak kecil lain si ibu perlu turut mengurus dan memberi perhatian kepada anak tersebut.

Itu belum masuk lagi bab menguruskan hal-hal rumahtangga yang lain seperti menyediakan makan minum suami, mengemas rumah dan sebagainya. Tidak dinafikan, ianya sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara kita berpantang. 

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan badan si ibu cepat sembuh bagi membolehkan dia menjalankan tanggungjawabnya seperti sedia kala, adalah sangat penting untuk si ibu tersebut mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mengembalikan tenaga dan membekalkan nutrisi penting agar proses penyembuhan dapat berjalan dengan lebih lancar.

Friday, 17 May 2013

Susu merundum selepas mengamalkan Shaklee?

Ketahui punca sebenar mengapa susu boleh
merundum selepas mengambil Set Penyusuan
Shaklee
Salam semua readers dan followers BeingMary.com. Hari ini saya nak kongsikan kisah di mana saya pernah disoal bertubi-tubi tentang mengapa seorang pelanggan saya mengalami masalah susu merundum selepas mengamalkan set penyusuan Shaklee.

Walhal selama ini saya dok promote bahawa set penyusuan Shaklee mampu meningkatkan penghasilan susu.

Lazim mengetahui, tujuan utama pengambilan supplement adalah bagi meningkatkan taraf kesihatan seseorang. Bergantung pada badan masing-masing, tindakbalas yang terhadap pengambilan supplement ini mungkin berbeza-beza antara satu individu kepada individu yang lain.

Ada yang seawal beberapa hari sudah mula menampakkan kesan yang memberangsangkan manakala ada juga sebaliknya. Harus diingatkan, supplement bukanlah ubat yang mana jika anda sakit, anda makan ubat, pada keesokan harinya anda akan terus menjadi sihat seperti sedia kala. 

Sebaliknya pengambilan supplement ini ibarat menanam pokok. Mana mungkin jika anda menanam pokok dari biji benihnya hari ini, esok sudah tumbuh sebatang pokok yang besar dengan buah yang lebat? Tak logik langsungkan?

Sudah tentu untuk mendapatkan hasil daripada biji benih tersebut, anda perlu terlebih dahulu semai, baja dan siramnya air setiap hari. Barulah ianya dapat tumbuh dengan sihat dan menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti.

Thursday, 16 May 2013

Panduan atasi masalah pedih ulu hati ketika hamil

Salam semua readers dan followers BeingMary.com. Saat-saat kehamilan dan menanti kelahiran orang yang selama ini dinanti-nantikan seharusnya menjadi satu pengalaman yang indah dan istimewa. Malangnya tidak semua wanita bertuah untuk melalui proses kehamilan yang lancar berikutan pelbagai masalah yang boleh dialami antaranya masalah pedih ulu hati.

Masalah pedih ulu hati merupakan antara pelbagai ketidakselesaan yang boleh berlaku kepada wanita hamil

Punca sebenar masalah ini adalah disebabkan peningkatan paras hormon estrogen dan progesteron. Perubahan hormon ini juga menyebabkan mood berubah terutama ketika trimester pertama dan terakhir.

Apabila kejadian pedih ulu hati berlaku, asid dalam perut akan naik (reflux) ke saluran pemakanan (esofagus) berikutan "kebocoran" otot sfinkter esofagus bawah (LES) yang terletak di antara perut dan esofagus bagi mengelak makanan naik semula. Selain itu, kesan daripada peningkatan hormon estrogen dan progesteron juga menjadikannya lembut dan mengendur. 

Wednesday, 15 May 2013

Kisah suami yang menyokong misi penyusuan isterinya

Salam readers dan followers BeingMary.com. Saya sangat tertarik dan ingin kongsikan dengan anda semua berkenaan satu testimonial set penyusuan yang telah diambil dari group tertutup FB yang dikhaskan untuk pelanggan-pelanggan Shaklee Euphoria baru-baru ini.

Lazimnya, para pelanggan yang akan berkongsi testimonial mereka adalah terdiri daripada kaum hawa. Namun seingat saya, ini adalah kali pertama testimonial set penyusuan yang diberikan datangnya daripada seorang bapa dan suami (rujuk testimonial di bawah).


Perkara ini sangat menggembirakan saya kerana secara tidak langsung membukti bahawa makin hari tahap kesedaran berhubung penyusuan susu ibu ini telah meningkat dan berkembang, Alhamdulillah. Sebenarnya perjalanan penyusuan akan menjadi lebih mudah dan bermakna andai si isteri mendapat sokongan padu dan kata-kata perangsang daripada si suami.

Tuesday, 14 May 2013

Khasiat dan kelebihan bawang putih untuk kesihatan

Bawang putih mengandungi pelbagai khasiat
dan baik untuk kesihatan
Salam semua readers dan followers BeingMary.com. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian. 

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 SM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.


Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).

Monday, 13 May 2013

10 risiko/masalah yang mungkin dihadapi bayi yang tidak diberi susu ibu

Susu ibu adalah makanan terbaik bayi
Umum mengetahui tentang kebaikan susu ibu. Beruntunglah bayi-bayi yang mana ibu mereka berusaha untuk memberikan makanan terbaik buat anak tersayang.

Bagi bayi yang kurang bernasib baik dan tidak menerima susu ibu di awal kelahiran mereka, bayi-bayi ini besar kemungkinan terdedah kepada lebih banyak risiko penyakit/masalah kesihatan berbanding bayi-bayi yang diberikan susu ibu.

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan

* Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
* Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
* Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

Tuesday, 7 May 2013

Kaedah meningkatkan bekalan susu anda

Anda sedang mencari cara yang paling efektif untuk
meningkatkan bekalan susu anda?
Salam semua readers dan followers BeingMary.com. Sebagai seorang ibu yang pernah menjadikan tugasan mengepam susu setiap 3-4 jam sekali ketika berada di pejabat sebagai sebahagian rutin harian, saya faham sangat bagaimana rasanya jika hasil yang diperolehi tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan si manja kita dan dibawa ke taska bagi kegunaan keesokkan harinya.

Hati ibu mana yang tak meruntun kesedihan bila mana melihat anak sendiri tak cukup bekalan "makanan"nya? Sudahlah susu sikit, cair pula tu. Walaupun selepas menyusu, si anak bagaikan masih tercari-cari seperti ingin memberi isyarat bahawa perutnya masih belum kenyang.

Lebih menghibakan lagi jika si anak menolak pemberian susu formula sebagai ganti kepada susu ibu atas alasan tidak serasi mahupun mempunyai alahan. Nak tak nak, si ibu terpaksa mencari jalan untuk meningkatkan hasil pengeluaran susunya untuk memenuhi keperluan si anak.

Maka bermulalah misi mencari milk booster yang sesuai di samping meningkatkan kekerapan mengepam dan melakukan power pumping. Jika anda seseorang yang tidak gemar untuk menelan terlalu banyak vitamin atau sekiranya masalah budget menjadi kekangan, anda masih boleh menikmati hasil yang tidak kurang hebatnya melalui pengambilan combo set penyusuan yang terdiri daripada ESP dan Alfalfa.

Sunday, 5 May 2013

Panduan Ibu Bersalin: 4 perbezaan utama antara supplement dan jamu

Salam sayang semua readers dan followers BeingMary.com. Kembali semula setelah sekian lama tak update blog saya ini. Jangan salah faham ya. Saya masih lagi aktif sebagai pengedar sah Shaklee bagi kawasan sekitar Bukit Jelutong, Shah Alam. Cuma disebabkan kekangan masa sejak akhir-akhir ini membataskan saya untuk update blog sekerap dulu.

Apa-apa pun Alhamdulillah, walaupun dalam tempoh 2 minggu kebelakangan ini saya jarang online dan buat sharing tentang biz Shaklee saya di FB mahupun blog, order dari para pengguna masih tetap masuk seperti biasa. Mungkin inilah yang dinamakan rezeki Allah.

Dan bercakap tentang order pula, baru-baru ini saya telah mendapat pertanyaan daripada seorang pengguna yang berminat untuk mendapatkan Set Bersalin Shaklee. Pengguna tersebut ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perbezaan di antara supplement Shaklee dan jamu beserta kelebihan mengambil Set Bersalin Shaklee.

Saya percaya bukan pengguna tersebut sahaja yang nak tahu malah mesti ramai lagi bakal-bakal mommies mahupun mommies sedia ada yang sedang menanti hari untuk bersalin nak pencerahan tentang perkara inikan? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...