Sunday, 3 February 2013

8 tips praktikal untuk kembali ramping selepas bersalin

Salam semua readers dan followers blog BeingMary.com.

Masalah menurunkan berat badan selepas bersalin merupakan antara masalah utama yang sering membelenggu ramai ibu-ibu baru.

Hasrat untuk berdiet selepas melahirkan pula seringkali terpaksa ditunda kerana amalan diet secara ekstrem akan mengganggu penghasilan susu. 

Jadi bagaimana ibu-ibu yang baru melahirkan ingin menurunkan berat badan serta mendapatkan kembali bentuk badan sebelum mengandung dalam tempoh yang singkat?

Berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda praktikkan:

Tips 1: Lebihkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran yang kaya dengan serat

Pengambilan makanan dari jenis buahan-buahan, sayur-sayuran serta bijiran yang kaya serat mampu membekalkan anda dengan zat makanan dan galian yang penting di samping membuat anda rasa kenyang dengan lebih lama. Di samping itu, anda juga boleh mengamalkan makanan berkhasiat lain seperti produk tenusu kurang lemak seperti yogurt dan susu rendah lemak. Pengambilan protein juga penting kerana protein mampu meningkatkan kadar metabolisma badan bagi tujuan menurunkan berat badan anda,


Tips 2: Mengawal nafsu

Antara kunci kejayaan utama dalam mendapatkan kembali bentuk badan ideal selepas bersalin ialah dengan mengawal pemakanan anda. Sekiranya anda mudah lapar khususnya selepas menyusukan bayi anda, makanlah makanan yang berkhasiat pada kuantiti yang sederhana dan elakkan daripada mengambil snek seperti makanan ringan yang mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi. Ada baiknya juga jika anda dapat penuhi peti sejuk anda dengan makanan berkhasiat sahaja.

Tips 3: Makan dalam kuantiti yang kecil

Berbalik kepada tips no 2, anda dinasihatkan untuk memakan pada kuantiti yang sedikit tapi kerap. Ikutlah sunnah Nabi yang mengamalkan konsep berhenti makan sebelum kenyang. Ini bagi memberi ruang kepada badan anda untuk menghadam makanan yang dimakan dengan lebih baik. Di samping itu, jika anda seorang ibu menyusu, jangan sesekali skip meal khususnya sarapan pagi kerana ianya akan membuatkan anda kurang bertenaga dan boleh mengganggu penghasilan susu.

Tips 4: Pastikan pengambilan air adalah mencukupi

Pengambilan air masak yang mencukupi adalah sangat-sangat penting. Air bukan saja diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan baik malah turut membantu melancar dan memperbanyakkan susu. Selain itu, air juga boleh membuatkan kita merasa kurang lapar.

Tips 5: Makan hanya bila rasa lapar

Anda boleh menghilangkan rasa lapar atau keinginan untuk makan dengan melakukan aktiviti-aktiviti sampingan seperti mengemas rumah, membaca buku kegemaran mahupun membawa anak pergi berjalan ke rumah jiran. Perkara ini dapat membuatkan anda lupa buat sementara tentang makan.

Tips 6: Melalukan senaman ringan

Senaman ringan boleh mula dilakukan seawal beberapa hari selepas bersalin sekiranya anda tidak mengalami sebarang masalah atau komplikasi sewaktu bersalin. Senaman bukan sahaja menyihatkan badan malah mampu membantu membakar lemak berlebihan.

Tips 7: Mengamalkan pemakaian bengkung

Pemakaian bengkung selepas bersalin juga membantu para ibu untuk mengembalikan bentuk badan kepada asal khasnya di bahagian perut. Sebaik-baiknya, penggunaan bengkung haruslah dibuat secara berdisiplin di sepanjang tempoh berpantang. Untuk hasil yang lebih baik, sapukan lotion/krim panas bagi mempercepatkan 

Tips 8: Mengambil set pelangsingan khas untuk ibu-ibu menyusu

Shaklee menawarkan set pelangsingan khas untuk ibu-ibu menyusu. Istimewanya set pelangsingan ini adalah ianya tidak mengganggu malah membantu penghasilan susu yang lebih banyak, cepat, lancar serta pekat dan kaya dengan hindmilk. Kombinasi produk dalam set pelangsingan ini juga boleh disesuaikan mengikut keperluan dan budget pengguna.

Pada dasarnya cadangan produk dalam set pelangsing untuk ibu-ibu menyusu Shaklee adalah seperti berikut:
Lecithin: membantu memecahkan lemak
OmegaGuard: mengawal nafsu makan dan membantu mengempiskan perut
ESP: membekalkan protein yang diperlukan untuk meningkatkan kadar metabolism badan bagi tujuan penurunan berat badan, merangsang penghasilan susu, menjadikan susu lebih pekat
Alfalfa: bertindak sebagai detox yang lembut untuk menyingkrkan lemak-lemak yang telah dipecahkan, dikenali sebagai salah satu milk booster yang berkesan
Herblax: mencuci usus, meningkatkan keberkesanan penyerapan zat-zat nutrien dan menyingkirkan lemak-lemak degil dari badan

Testimonial 1: Turun 6kg dalam masa 2 bulan



Testimonial 2: Turun 3kg dalam masa 1 bulan lebih



Anda dah letih menunggu hari di mana baju-baju lama anda akan muat kembali? Jom dapatkan set pelangsingan untuk ibu menyusu dengan segera dan kecapi bentuk badan idaman anda semula. Untuk membuat pesanan mahupun untuk sebagai pertanyaan, hubungi saya melalui cara-cara seperti berikut:


Khas buat pelanggan-pelanggan BeingMary.com, harga istimewa, konsultasi dan jadual pemakanan percuma menanti anda!   


Disclaimer
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases   
* Testimoni ini adalah daripada pengalaman pengguna sendiri dan hasil setiap pengguna mungkin berbeza. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...